Sunday, December 4, 2011

Setelah lama bercuti....

Assalam.... Im back.. Lama gila nda update blog.. Macam ada dalam 3 bulan la gtu.. Nak mula ayat pun payah nak fikir... Hihihi..

Bukan malas nak update, bukan juga x bnda nak update tapi aku mengalami 1 sindrom x boleh nak mengadap lappy ni lama sangat.. Jangan kan nak mengadap, nak buka pun aku dah rasa nak muntah.. Hihihihi..

Banyak gila nak update cita kat cni.. Nak cita pasal azam tahun baru yang dah tercapai separuh jalan, pasal en Suami dah pindah p PULAU, n banyak lagi la.. Nanti aku update pelan2 ah.. X boleh la nak update trus semua..

Sekarang ni dah boleh update bila2 masa ja kat rumah coz en Suami bek hati tuk pasang streamyx kat rumah ni.. Dah lama dah pasang.. Mcm ada 1 bulan lebih la juga..

K la, tu ja la tuk entry ni.. Saja nak gtau yg aku da balik, takut korang lama sangat menunggu aku update blog ni ( Adakah org nak tggu?? ).. Nanti aku update lagi..

K, Daaa....

Friday, August 26, 2011

Pelakon Terhebat..

Mo tau sapa pelakon terhebat yg aku ckp ni..

-
-
-
-



Ops.. Silap.. Bkan yg ini..


Hah! Ni la pelakon hebat kmi.. Napa kitaorg panggil bdak kecik ni pelakon terhebat di abad ni..

1. Dia selalu buat sora menangis.. Tapi ngn muka tiada perasaan..

2. Dah 2x aku perasan budak kecik ni kalau bawa dia p klinik.. Kat luar aktif semacam.. Tapi bila masuk bilik jumpa doc. automatik dia tukar mood.. Trus lembik lemah semacam.. Smpikan doc. ingat dia demam teruk.. Padahal batuk biasa ja..

Gelihati ngn telatah cik Amani..

K.. Daa..
- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 22, 2011

Ingat2 la..

Jangan la mencari keaiban orang lain kerana Allah akan membalasnya dengan mengeluarkan@ menayangkan keaiban kamu tidak kira di dunia ataupun di akhirat nnt..


p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga.. Selamat nenunaikan ibadat puasa..!

K.. Da..
- Posted using BlogPress from my iPad

Bila dah nak dekat raya..

Biasa la bila dah dkt raya semua pun bz ngn persiapan raya.. Mna nak cat rmh baru, nak sofa baru.. Klu boleh smuanya pun mo baru.. *jgn x nak ngaku ya..*

Tahun ni 1st tym mo braya kat rumah.. Maksud aku, mo terima tetamu beraya.. B4 ni langsung aku x pernah nak jemput org beraya kat rumah aku ni.. Kalau nak beraya sangat, aku sruh ja p rmah kat bft..

Alhamdulillah rezeki murah tahun ni.. Ada la bajet nak beli cat n perabot ckit.. So, last week start la plan kitaorg laki bini..

Ari jumaat lpas ja balik dari keja terus pecut balik kg nak antar cik Amani.. Kalau ada dia, kompom la lambat projek kitaorg nak ciap.. On da way blik bgwan sggah jap kat deli cari sofa..

Ari sabtu kami laki bini gotong royong cat ruang tamu.. Selama ni aku ingtkn senang ja mo mencat ni.. Rupa2nya dugaan betul.. Sabar ja la..

Malas nak cita pnjg lebar.. Sebab nnt jam 3 kna bgn tuk msak sahur.. Korang lyan la gmbr kat bawah..



ni warna cat yg en.Suami pilih



purple!



K.. Da..
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 16, 2011

Kalau nak main mercun pun agak-agak la wei!!!

Entry agak emo sikit kali ni.. Mana nda emosi kalau sedap-sedap tido tiba2 dikejutkan oleh bunyi mercun.. Kalau aku ja yang terkejut nda pa juga.. Ni cik Amani pun nangis sebab tekejut.. Mananya nda panas hati..

Agak2 la wei men mercun pukul 10 malam.. Fikirla perasaan orang lain.. Ingat ko ja yang tinggal ket perumahan nie? Suka ati ko ja nak buat pa ko suka.. Orang lain nak rehat, tido esok nak bagun awal nak masak tuk sahur bagai.. Tapi tganggu oleh bunyi bising mercun ko tu.. *panas..*

Lantak ko la nak men mercun sampai putus semua jari ka, sampai mata buta ka tiada orang kesah sebab yang rasa sakit badan ko sendiri.. Ko men sepuas2 ati ko, tapi tolong la jgn men di kawasan perumahan..

Aku nda la mo marah2, teriak2 sampai jiran2 len dengar.. Nanti aku pla yang glemer.. Aku doakan ja orang len yang p marah ko.. Nda pun biar polis peronda p sound ko.. Tym tu aku mampu tersenyum lebar sampai ke telinga tanda puas ati..

p/s : jarang buat entry emo2 gni..

k.. da..

Monday, August 15, 2011

Kuat merajuk tapi senang nak pujuk..

Korang layan la video ni.. Kalau tak silap aku dia merajuk sebab kena larang panjat-panjat kerusi..



k.. da..

Wednesday, August 10, 2011

Day seven : 10 important people

1. Ayah dan Ibu..
2. en.Suami
3. cik Amani
4. Angah n Boboy
5. Bapa n Mama (mentua)
6. Ipar duai
7. Keluarga besar aku
8. Org yang bayar hutang kerajaan.
9. Org ofis
10. Kazen aku.. Lucy..*penting sangat ka?*

Tuesday, August 9, 2011

Boboi Boy vs Upin Ipin

Vs
korang rasa mana yang menang?

Korang mesti pening apa yang aku merepek ni... Mey cni aku cite ckit kat korang..

Semalam kitaorg p berbuka puasa kat luar.. Sementara tunggu en.Suami siap makan, aku bawa cik Amani p Speedy tengok2 manatau dvd Boboi Boy Vol 3 dah kuar.. Rupa2 nya belum kuar lagi.. Lama siot tunggu.. Dijadikan cita, tiada Boboi Boy, aku sambar ja 3 dvd Upin Ipin ngan harapan cik Amani nak la tengok nanti..

Tapi pas sahur en.Suami pasangkan la cik Amani cita Upin Ipin.. Mula2 tu dia tengok.. Tapi tak sampai 5 minit dah tak duduk diam.. Tepaksa la en.Suami tukar p cita Boboi Boy.. Automatik dia landing depan tv.. Langsung x beganjak sampai la kami nak p keja.. Itupun payah dipujuk2..

So, sudah terang lagi bersuluh BOBOI Boy la yang mendapat tempat di hati cik Amani.. Hmmm.. Sapa la nak tengok cita upin dan ipin yang aku beli sampai 3 tu.. Sebenarnya aku dah boring tengok cita Boboi Boy tu balik2.. Aku rasa, aku dah hafal sikit2 skip cita tu...


Budak kecik yang obses ngan Boboi Boy

Monday, August 8, 2011

Baju raya cik Amani

Mula2 nak pakaikan dia punya la susah.. Tapi bila dah pakai tak nak buka la pla..



p/s: Lengan baju dan kain agak panjang cikit sampai pakai kain macam berkemban. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, August 7, 2011

Day six : 10 items you can't live without

Dah lama tebantut projek ni.. Ni kes tak de idea, so aku continue balik la projek ni.. :)

1. Jam tangan. Pelik? tak la pelik sangat... Aku memang tak boleh kalau tak pakai jam.. Macam tak lengkap hidup g2.. Jgn heran la tym mndi pun aku pakai jam.. Bukan pa, senang aku nak set masa.. Lagipun aku ni jenis yang cerewet ckit pasal masa.. Tak suka lmbat2..
2. I-phone. Kalau tak de ni mati kutu aku.. Tak tau nak buat pa.. Mana ngn facebook, twitter, game segala.. Nak diamkan cik Amani pun pakai i-phone.. Bagi ja dia men PeeKaBoo @ Talking Tom kompom terus diam..
3. Perfume. Tak lengkap kalau kuar rumah tak pakai ni.. Tak konfident nyah..!
4. Eyeliner. Kalau p mana2 tak kira la p keja @ jalan2 mesti pakai.. Kalau tak pakai ganjil rasanya.. @pun mata aku nmpak macam kecik. *aik! bila masa pla aku sepet?*
5. Lipbalm. Bibir nampak pucat. Lagipun bibir jeis yang cepat kering n kulit senang nak terkupas. So mmg kna bekal kat handbag la.. Kalau da rasa kering, kna simpan cepat2..
6. Minyak Cap Limau. Ala yang baby selalu guna tu.. Benda ni sentiasa ada kat dalam beg aku.. Kalau aku rasa nak muntah@pening ni la penawarnya.. Lagipun ni tuk cik Amani bila sakit perut.
7. Gaviscon. Persediaan mana tau gastrik.
8. Air putih.. Mesti la kan.. Kalau tak, amacam nak hidup? *wink*
9. Keta aku. Sebnarnya bukan la keta aku pun.. Keta ibu aku.. Keta aku ayah aku yang pakai.. Nak harap aku pakai keta aku, lambat ckit la jawabnya.. Tak reti aku nak pakai keta manual..
10. Duit.. Kalau tak de benda ni, aku rasa tak tau nak cakap pa.. Nak beli ini itu tak dapat.. Lagi parah kalau minyak keta pun tak dapat beli..

Entry Basi : Hari Penambahan Umur En Suami..

Tak kesah la entry ni dah basi ka tak.. Yan penting aku buat post juga entry ni..

27.7.2011, Cuti umum buat aku n en.Suami semperna bufday en.Suami yang ke-27 tahun. OMG dah 27 rupa2nya en.Suami.. Ingatkan masih 24@25 gtu.. *@ aku yang perasan masih sweet 18..**muntah*

en.Suami@bufday boy
Tahun ni memang aku blur yang amat.. Tak tau amacam nak celebrate, kek pun tak tau nak buat sendiri@beli, hadiah tak tau nak bagi pa.. Memang blur gila.. Akhirnya, kek men beli ja coz tak sempat nak buat sendiri, belanja ja bufday boy lunch n paksa dia pilih hadiah tuk diri sendiri.. Kejam tak aku?? *sila gelengkan kepala*

Tiap2 tahun pun jam jadi pilihan..
p/s : Hope en.Suami puas hati la ya ngan hadiah bufday tahun ni. Sori tak dapat nak bagi ipad@samsung.. Tiada bajet. ^_^

Friday, August 5, 2011

Vegetarian Gurl!

Nak tau sapa Vegeterian Gurl?

Tada....!
timun...
tomato pla...
p/s : Ibu aku selalu cakap, Malu la kat anak. Anak lagi pandai makan sayur dari ummi dia.. Wakakaka...

K.. Da....

Thursday, July 21, 2011

Mainan baru tuk cik Amani..Eh, silap! Tuk en.Suami

Hmmm... dah besar panjang pun masih nak beli mainan.. Sebenarnya dari dulu lagi en.Suami suka kumpul benda2 comel macam robot GUNDAM nie.. Cuma ntah napa berhenti secara tiba2..

Dan ntah aingin dari mana, tiba-tiba juga la en.Suami nak sambung balik hobi lama dia tu.. Aku rasa dari minggu lepas en.Suami asyik cakap nak model robot GUNDAM.. Bila aku cakap beli lah, dia pla tak nak... Tapi yang tak boleh tahan ayat paling last sekali "kalau orang yang belikan, mau lah..." Ayat tu memang dituju khas untuk aku la tu..

So, untuk tidak menghampakan hajat en.Suami, aku bawa la en.Suami pi cari pa yang dihajatinya.. Itu pun setelah aku ugut nak nangis.. Hihihihi.. Senjata air mata...

koleksi b4 ni..

GUNDAM baru...

separuh jalan...

p/s: Hope en.Suami berpuas hati la ye... Walaupun tak seberapa... Tak mampu nak beli yang harga RM300+++..

Convo Time ^_^

Hari Selasa lepas, majlis konvo si Angah kat Politeknik K.K.. Memandangkan ayah tak dapat nak cuti,so sebagai seorang anak yang solehah(rasa nak muntah? Persilakan..) aku kawankan lah ibu pi konvo c Angah ni.. Kalau nda pi, nanti ada yang merajuk pla...

Tak banyak gambar aku ambil coz jubah kena bagi balik hari tu juga sebab orang yang konvo esok nya nak pakai pla.. N aku kena balik ofis b4 pukul 2. Kalau lebih dari jam 2, terpaksa la aku apply emergency leave.. Dah la cuti aku tinggal 3 hari ja.. Sedih.. Sob..Sob..




Angah, Tahniah!!!!!!!!!!! Berbaloikan apa yang ko usahakan selama 2 tahun ni. Tengok, dapat juga ko pakai jubah tu.. Bangga ibu dapat tengok ko konvo.. Nanti tym ko konvo dip, ayah pla yang pi.. Tapi nanti next konvo, pastikan ko pakai itu medal ah.. Cik Amani tetap sayang ko walaupun ko selalu gaduh ngan dia.. (apa motif????)

p/s : balik ofis ngan perut yang lapar.. Nasib bek ada en Suami tolong belikan makanan..

Rambut baru cik Amani

Ari minggu lepas, tym tengok movie ngn en Suami, Ayah sms gtau nak bawa cik Amani p gunting rambut kat salon.. Panik jap aku coz ni 1st tym dia gunting rambut kat salon.. B4 ni Atok @ Tok Ayah dia ja yang potong rambut rambut.. Itu pun kena pegang dia kuat-kuat baru dapat potong..

Lepas gunting rambut Ayah hantar MMS gambar cik Amani ngan rambut baru dia.. (tak sangka Tok Ayah cik Amani pndai guna MMS..)

cik Amani ngn rambut barunya...

Tok Ayah dia cakap cik Amani chill ja tym kena gunting.. Tak macam sebelum ni.. Di kepala aku terbayang muka cik Amani yang pura2 cool depan orang lain.. Macam tak pecaya aku.. B4 ni gunting pun boleh melayang oleh dia..

p/s: Nampak tembam pipi ngan rambut baru ni.. Tukang gunting tak nak kasi potong pendek rambut belakang coz kalau potong pendek nanti nampak macam lelaki.. :)

K.. Da...

Monday, July 18, 2011

Berangan nak rumah yang besar...

Semalam on da way balik KK, en Suami bawa singgah cuci2 mata kat Deli.. Nak tengok manatau ada sale raya.. Lupa nak gtau, Deli ni kedai perabot yang jual cash n carry.. No hutang2 ye..

Aku n En suami mmg dah rancang nak beli sofa baru.. Aku tak nak yang mahal2 n ala datin2 punya sofa.. juz nak simple ja.. Coz aku sedar Rumah aku kecik ja.. Kalau simpan sofa yang besar gajah, mana nak letak..

Sambil2 cuci mata, banyak yang hati berkenan.. Semuanya cantik2 n BESAR2.. huhuhu.. Mmg tak dapat la aku sofa tu.. Sambil2 tu start la aku berangan, alangkah bestnya kalau rumah aku besar.. Tak susah nak fikir saiz perabot, mana nak letak n bla bla bla.. En Suami pun dah nek boring dengar angan2 mat jenin aku ni.. Tak tau nak bsyukurkan.. Dush kat diri sendiri.. Padan Muka..

En Suami ada buat offer cari rumah sewa.. Tapi tengok dulu la.. Bukan tak nak, tapi kena fikir hal2 yang lain juga..

K la.. da...

Friday, July 15, 2011

Berakhirnya satu penantian..

Wah! Tajuk macam ayat novel...

Akhirnya photobook yang aku tunggu2 kelmarin dah sampai kat tangan aku ngan selamat.. Tiada idea nak tulis panjang2 sebab gumbira sangat.. So layan gambar ja la ah..


Muka depan

sebahagian kat dalam...


p/s : Sekarang ni tgh buat 1 lagi projek photobook..

Thursday, July 14, 2011

Mana photobook aku ni???

Minggu lepas da siap photobook 1st birthday cik Amani... Dah hantar pun file kat Myflippix.. Kalau ikutkan KPI drg(wah! ayat..), drg proses file aku tu dalam 3@5 hari masa berkerja.. Maksudnya minggu ni aku dah boleh dapat photobook tu.

Td pagi dapat email dari Myflippix.. Wah! Photobook aku dah kena hantar kelmarin.. Gumbira sampai aku kasi tengok email tu kat en Suami.. Tak sabar nak tengok.. So, 1 hari ni asal ka dengar pintu kena buka automatik kepala aku pusing tgk pintu.. Nak tengok sapa yang masuk.. Mana la tau org GDEXPRESS... Tapi kan sampai sekarang belum lagi timbul2 orang yang aku tunggu2 ni.. Kenapa la lambat betul nak sampai ni... ( nampak sangat x sabar tu kan.. Watever! )

Aku nak buat gtau korang ni.. Myflippix tengah buat discount 75% untuk semua jenis photobook.. Pa lagi, jom rembat peluang ni.. Bukan nak bagi jeles kat korang tapi aku juz bayar RM 62 ja dari RM203.. Berbaloi2kan..

p/s: maybe penantian ni akan bersambung esok.. OH TIDAK!!!

Tuesday, July 12, 2011

Rumah kecik @ rumah besar?

Aku dan en Suami dah lama rancang nak belikan cik Amani playhouse.. Siap pi survey2 lagi.. Kiranya bila ada rezeki lebih nanti boleh lah belikan cik Amani..

Tapi bila fikir2 balik, kalau belikan playhouse yang besar gajah tu, mana plak la nak letak kat rumah aku yang kecik.. Takkan aku nak letak kat luar pla.. Bagi rezeki kat pencuri tu namanya..

Bincang punya bincang ngan en Suami, dapat la kata sepakat tetap nak belikan 'rumah kecik' tuk cik Amani...


hihihi.. Juz khemah kecik yang dia ja yang boleh masuk. Kalau aku ikut2an masuk, buang tabiat la namanya.. Syukur Alhamdulillah, cik Amani suka ngan rumah baru dia tu.. Bangun ja dari tido, itu la dituju dulu.. Dan sekarang ni selesai masalah mainan cik Amani dah tak berselerak lagi.. Semuanya dia bawa masuk kat dalam rumah baru dia...






p/s: cik Amani dah pandai posing bila nak ambil gambar..

Thursday, July 7, 2011

Orang lain yang pregnent aku pla yang morning sickness..

3 ari ni aku kurang sihat... Badan lemas ja memanjang.. Balik keja, terus cari bantal n selimut terus tido.. Baju langsung tak tukar.. Nasib bek la ada Angah boleh tolong tengokkan Cik Amani.. Bila pagi kompom muntah2 dlu.. Huhuhu.. Situasi ni macam tym aku pregnent Cik Amani..

Kat ofis, Kak wati dah +tive pregnent.. Tapi dia x pla morning sickness.. Dalam fikiran aku, x kan dia pregnent aku pla yang morning sickness????

Atau, aku pun berisi juga??

Friday, June 24, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita..

Hari tu aku ada kol 1 jabatan ni nak tanya diorg punya payment.. Mula2 tu aku kol la orang yang biasa aku berurusan. Kalinya dia juz urus payment untuk tahun semasa ja. Nasib bek la dia tolong sambungkan p no orang yang sepatutnya aku b'urusan..

Aku : Assalammualaikum.. Blh bcakap ngn Puan Sipulan binti Sipulan? (nama tepaksa dirahsiakan)

Hamba Allah : B'cakap..

Aku : (perkenalkan diri).. Saya nak tanya pasal payment pukal untuk ..... (tergantung)

Hamba Allah : Ah, tu si F.... yang urus bukan saya... (alamak! nak men pas2 pla..)

Aku : Jap Puan, c F.... yang sambung saya p no puan.. Saya nak tanya pasal payment tuk tahun 2010.. Bla.. Bla.. Bla..

Aku tak tau la pa pendapat korang tentang situasi aku ni.. Tapi bagi aku memang tak OK...! Dah la men potong2 cakap orang( ingt ni men lumba keta ke apa).. Pastu terus2 nak pas p tempat orang len.. Memang tak patut tau! Dah tu cakap pun macam tak nak layan ja.. Aku kol sebab nak minta salinan doc payment yang dia buat. I2 pun 1 masalah.. Macam2 alasan dibagi.. ADUH!!! Sabar ja la...

Bukan tujuan aku nak buruk2kan mana2 pihak.. Juz nak jadikan pengajaran dan renungan kat diri sendiri.. Tak susah pun nak cakap ngn org bek2.. Ckit pun tak susah ok..! Aku tau la setakat bercakap kat telefon,tak nampak muka.. Tapi aku dah tau yang awak tu tak mesra alam sungguh..!

Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday #1

EN SUAMI, teringat tym mula2 kenal dulu..

p/s: Apasal mcm gedik ja..? WATEVER..

Tuesday, June 21, 2011

2 buah buku untuk Cik Amani


Tadi jejalan ngan En Suami tym lunch, tiba2 teringat nak beli buku untuk Cik Amani.. Kesian bila tengok dia berebut majalah Mingguan Wanita ngan En Suami weekend lepas.. Biarpun belum Payday, untuk anak aku hentam ja la.. Beli 2 buah buku.. 1 ABC n 1 lagi Number.. Sekarang Cik Amani dah pandai nak ajuk cakap orang besar.. So, dah boleh start ajar dia sebut ABC n 123..


p/s: Lupa nak belikan dia crayon.. Cik Amani dah pandai nak conteng2 kertas.. Siap ngn meniarap lagi.. CUTE! Tak sangka anak dara aku dah besar....

Bila Tekak dah Pedih, Bila Hidung dah Berair, Bila Kepala dah Berat....

Buat aku teringin sangat nak balik rumah dan tido sepanjang hari.. AMAT TAK SELESA!!

p/s: tajuk panjang gile...

Monday, June 20, 2011

GCB datang lagi... :)

Rasa sekali terus gian nak makan lagi..! Nasib bek En Suami sudi nak belanja makan GCB..

Jom Main Angry Bird


Sapa tak tau Game Angry Bird angkat tangan.. Jgn mo kelentong tak tau ah, budak tadika pun tau game ni tak kn korg pla tak tau.. Kalau sebelum ni angry bird cuma boleh main kat ipad/ipone, sekarang tiada lagi.. Siapa pun boleh men... Senang ka, install ja kat google chrome pnya application..

b4 ni x muas men coz screen kecik amat..

Friday, June 17, 2011

50 Rahsia Si Manja Cergas

Tadi aku belek2 majalah Pa&Ma terjumpa 1 artikel ditulis NORHASLIZA YUSOFF... Panduan ni memang patut kita tau untuk memastikan sama ada c kecik kita cergas atau tak... So aku nak kongsi kat cni.. ( aku gtau 10 dulu sebagai pendahuluan ya.. )

1.KENAL WAJAH ANDA
Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

2.BERBUAL DENGANNYA
Dia menunjukkan reaksi apabila anda berbual dengannya. Dia akan melihat anda seakan memahami apa yang anda cakapkan.

3.MEMBERI SENYUMAN
Anda senyum kepadanya dan dia akan tersenyum kepada anda. Sudah mulai menunjukkan perkembangan emosinya.

4.BERTINDAK BALAS KEPADA PERMAINAN KESUKAANNYA
Asyik bermain dengan permainan kesukaannya. Cuba andaambil barang itu, dia pasti akan menjerit.

5.TAHU APABILA NAMANYA DIPANGGIL
Anda memanggil namanya dan dia memandang ke arah anda. Panggillah dengan nama yang biasa anda ucapkan setiap hari.

6.MENCAPAI OBJEK
Kemahiran motor kasarnya semakin baik. Dia boleh mencapai dengan tangan objek permainan dengan mudah.

7.BERMINAT OBJEK YANG TERANG
Warna terang seperti merah, kuning, hijau dan oren adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan yang berwarna seupama ini, dia akan pantas mencapainya.

8.SUKA MERENYUKKAN OBJEK LEMBUT
Ia adalah perkembangan positif buat si manja apabila suka memegang dan meramas objek atau permainan kain yang mengeluarkan bunyi seakan plastik.

9.KETAWA BERSAMA
Si manja suka anda mengeletek badannya, bahkan menciumnya. Dia akan ketawa apabila anda berbuat demikian.

10.BOLEH MEMBUKA DAN MENUTUP GENGGAMAN TANGAN
Cubalah permainan seperti 'cak cekur' sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam dan dibuka. Dia akan melakukan bila2 masa dia berasa selesa, bahkan semasa minum susu.


be continue..

Thursday, June 16, 2011

Jelajah Negeri Orang ( Genting )

Kesenambungan Jelajah Negeri Orang (P.Pinang)

Dari Pulau Pinang kami terus nek Genting dengan bas.. Aku ckit fobia ngan bas ni.. Ni semua pasal excident2 punya pasal la.. Nasib bek la En Driver tu bawa bas ngan berhemah.. TQ En Driver.. Selama 4 jam dalam perjalanan p Genting, aku tido ja.. Bangun pun kejap2 ja, tu pun sebab pinggang aku sengal sebab duduk lama sangat.. Cik Amani pun sedap ja tido kat pangkuan Tok Ma dia..

Kali ni aku buat persediaan yang kaw2 punya untuk Cik Amani.. X mo jadi macam tu hari lagi.. Sampai p Genting terus demam..

Kami stay kat Genting 1 malam.. Kali ni tak ramai sangat org yang nek p Genting.. Tak macam yang kami p bulan 1 tu hari.. Maybe sebab bukan cuti sekolah kot..

Yang sebenarnya p Genting ni bukan nak men game sangat pun.. Ni pun atas memuaskan ati c Boboy yang nak sangat p Genting.. Sampai kat sana cuma men 2@3 game ja.. Membazir betul beli tiket mahal2..

Jom layan gambar..

Mcm x excited?

X sah klu x bgambar di sni..

Sumpah! Aku x mo nek binatang ni lagi...

happy family!!

Sebelum...

Selepas 5 saat..

Da....

Monday, June 13, 2011

Bila En Suami Mula Beraksi..

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya En Suami masak.. B4 ni ada juga masak bila aku tak larat nak masak@sakit.. Tapi yang senang2 ja.. Macam telur dadar@meggi.. Tapi kali ni En Suami dengan murah hatinya nak masak.. So untuk percubaan yang pertama, En Suami try masak Mee Goreng.. Tadaaaa.. Ni hasilnya...



Rasanya not bad.. Semua cukup.. Ayam pun banyak.. So En Suami, teruskan usaha n len kali boleh masak lagi..!!(Tapi resepi len pla la..) Anyway, TQ masakkan ummi malam ni.. Sayang Abah!

Saturday, June 11, 2011

Cik Amani Dah Pandai Berjalan


Pada usia 1 tahun 2 bulan, akhirnya Cik Amani dah pandai berjalan.. Teruja aku bila tengok anak dara aku dah pandai bejalan tanpa dipegang.. Proses dia nak pandai bejalan ni agak cerewet ckit.. Dia malas nak belajar berjalan.. Baru 2 langkah dah duduk balik.. Kalau dipaksa dia mengamuk..

Dia start pandai berjalan tym kitorg sampai bilik hotel kat Pulau Pinang.. Heran, kat Sabah punya payah nak suruh dia berjalan..

Apa2pun, syukur kat Allah sebab aku masih boleh tengok proses pembelajaran anak dara aku ni..

Babai...

Jelajah Negeri Orang ( Pulau Pinang )



Entry dah basi sebenarnya.. Dah 1 bulan baru nak update kat blog.. Amat pemalas tak aku ni? Ada rasa macam nak bagi penampar?

Kalau bulan 1 lepas aku p cuti2 Malaysia ngan En Suami n Cik Amani,kali ni pla aku p 1 family... Yang bestnya percutian kali ni semuanya ditanggung oleh Ayah.. Kitaorg tinggal sedia duit poket ja.. Hampeh kan dapat anak mcm aku ni.. Sepatutnya aku yang seponsor semua.. Ni dah kawin masih lagi nak pau orang tua.. WAT EVER!!!

Petang 3/5, kami fly dari Sabah terus p Pulau Pinang.. 1st tym ni jejak kaki kat sana.. Sampai terus cari hotel.. Dah dapat bilik, letak barang terus p cari makan.. Aku dah kebulur nasi.. Mana taknya dari siang tak makan.. Pas makan balik bilik, mandi n terus tido tak ingat dunia...

Esoknya bangun pagi terus bersiap nak p jalan2.. Ayah sewa 1 mini bas bawa kami jalan2 pusing Pulau Pinang.. Kalau p Pulau Pinang memang kena p Bukit Bendera nek cabel car.. Tak sabar ni nak rasa nek cabel car.. Kalinya samapi kat sana Cabel Car tak dapat nek atas.. Operasi diberhentikan buat sementara waktu.. ( Ada anjing liar tersangkut kat landasan cabel car) Kecewa yang teramat... Jauh2 datang dari Sabah ni nak nek cabel car.. Nangis tak berlagu wa cakap dgn lu beb..

Muka2 yang kecewa...


Kat kilang batik

Ngan ati yang kecewa tak dapat nek cabel car, kami teruskan jelajah ke kilang batik, kilang madu, taman bunga(aku pun dah lupa pa namanya).. En Suami paling teruja bila kami p Toy's Museum.. Rasa semua nak ambil gambar.. En Suami memang kumpul benda2 mcm ni.. Jadi tanda tanya kat kepala otak aku ni berapa la kos mo buat meseum macam ni.. Mesti sampai juta-juta kan..

En Suami excited

B4 balik hotel, pacik bawa bas mini 2 bawa p beli jeruk buah.. Biasa la, kalau p Pulau Pinang mesti beli jeruk buah.. Ibu n En Suami la yang memborong habis.. Berat jeruk ja dah dekat 10kg..

Cik Amani buat muka boring

Sampai bilik semua dah kepenatan.. Cik Amani happy sebab dah boleh bebas bergerak.. Sepanjang jelajahan kmi 1 hari tu, Cik Amani tak boleh duduk diam... Malam pla duduk rehat ja kat bilik.. Esok kena bangun awal.. Nak sambung jelajahan.. P Genting pla..

Nanti aku continue JELAJAH NEGERI ORANG (GENTING)

Wednesday, June 8, 2011

Mengapa harus Aku??

Stress sampai rasa mo maki hamun org.. Tapi tahan ja la..

Apasal asal mo Audit 5S aku la org yang paling bz.. Ada kah aku insan terpilih...? Semua pun keja pas kat aku.. Kat ofis ni aku ja ka yang tinggal..? Aku dah boring buat 5S.. Nda pandai abis2 ngan 5S.. Bukan aku mo berkira tapi kalau semua keja aku yang kena suruh buat, membuatkan aku rsa nda mo p keja..!

TOLONG LAH..!


Saturday, June 4, 2011

Cik Amani tak nak minum SuSu

Sekarang ni umur cik Amani dah masuk 1 tahun 3 bulan.. Proses pembesaran cik Amani semakin mencabar... Dan aku sebagai ummi cik Amani pun ikut tercabar sekali.. huhuhu..

Sekarang ni cik Amani buat mogok tak nak minum susu.. Sebenarnya benda ni jadi dah dekat 2 minggu.. B4 ni dia minum susu Enfapro.. Pastu aku pakat ngn en Suami tukar susu dia p Enfagrow coz murah banyak dari Enfapro.. Bayangkan la dari RM55 pi RM36 lebih la gitu.. So, dapat jimat la ckit..

Tapi sayang seribu kali sayang, aku ingat kan dia suka la minum susu baru ni.. Try la bagi dia minum susu baru ni, sekali hisap dia kuarkan balik susu tu.. Pelik juga.. B4 ni tak pernah dia buat perangai tolak-tolak ni.. Paksa punya paksa dia tetap nda mo menyusu.. Memang sah la dia memang dah lancarkan mogok nda mo minum susu lagi.. Korang tau tinggi mana tahap mogok dia? Tahap yang tinggi sekali, sampai tengok botol susu pun dia dah nangis2 sampai lari jauh dari aku..

Dah macam2 susu aku try bagi dia munum, tapi hasilnya sama ja.. GAGAL!

Aku ada bagi minum susu Ducth Lady perisa coklat, dia munum tapi ada kesan kat dia, tahi dia keras.. Fuh! Tym tu tuhan ja yang tahu perasaan aku tengok dia nangis minta tolong mo berak.. Boleh ikut nangis tau.. Aku terpaksa kasi berenti dan tukar susu lain lagi..

Sekarang nia sementara cari susu yang dia suka, aku bagi dia minum milo campur gula secubit.. Itu ja yang dia mo.. Nasib bek la cik Amani ni kuat makan.. Sayur kegemaran dia Carrot..

Mencabar kan..? Ada 1 tahap aku nda dapat tido sebab terlampau bimbang anak nda mo menyusu n cari2 jalan penyelesaian.. Minta nasihat doktor pun sama juga.. Sampai sekarang ni aku BUNTU...

p/s : ada sesiapa yang dapat bantu aku.. plzz...

Tuesday, May 31, 2011

Day five : 10 wishes


1. Nak tambah Anak..
2. Buat biznes pelamin..
3. Nak keta baru.
4. Sambung study.
5. Ipad 2
6. Upgrade lens
7. Nak trun berat badan p 49kg..
8 Nak bunga rose..
9. Nak pandai masak mcm ibu aku
10. Nak jadi isteri dan ummi yang misali.. InsyaAllah.. Amin..

Saturday, May 28, 2011

Day four : 10 thing i want to say to my hubby


10 benda ja? Banyak benda aku nak gtau kat dia.. Tapi aku tau yang dia dah tau segala benda yang aku nak cakap kat dia.. So tak payah la aku nak tulis semua kat cni..

Abah, Ummi sayang sangat Abah sangat2.. Abah n Qalysha la nyawa ummi.. Tanpa korang Ummi nda boleh hidup.. Tq untuk segalanya...