Friday, June 24, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita..

Hari tu aku ada kol 1 jabatan ni nak tanya diorg punya payment.. Mula2 tu aku kol la orang yang biasa aku berurusan. Kalinya dia juz urus payment untuk tahun semasa ja. Nasib bek la dia tolong sambungkan p no orang yang sepatutnya aku b'urusan..

Aku : Assalammualaikum.. Blh bcakap ngn Puan Sipulan binti Sipulan? (nama tepaksa dirahsiakan)

Hamba Allah : B'cakap..

Aku : (perkenalkan diri).. Saya nak tanya pasal payment pukal untuk ..... (tergantung)

Hamba Allah : Ah, tu si F.... yang urus bukan saya... (alamak! nak men pas2 pla..)

Aku : Jap Puan, c F.... yang sambung saya p no puan.. Saya nak tanya pasal payment tuk tahun 2010.. Bla.. Bla.. Bla..

Aku tak tau la pa pendapat korang tentang situasi aku ni.. Tapi bagi aku memang tak OK...! Dah la men potong2 cakap orang( ingt ni men lumba keta ke apa).. Pastu terus2 nak pas p tempat orang len.. Memang tak patut tau! Dah tu cakap pun macam tak nak layan ja.. Aku kol sebab nak minta salinan doc payment yang dia buat. I2 pun 1 masalah.. Macam2 alasan dibagi.. ADUH!!! Sabar ja la...

Bukan tujuan aku nak buruk2kan mana2 pihak.. Juz nak jadikan pengajaran dan renungan kat diri sendiri.. Tak susah pun nak cakap ngn org bek2.. Ckit pun tak susah ok..! Aku tau la setakat bercakap kat telefon,tak nampak muka.. Tapi aku dah tau yang awak tu tak mesra alam sungguh..!

Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday #1

EN SUAMI, teringat tym mula2 kenal dulu..

p/s: Apasal mcm gedik ja..? WATEVER..

Tuesday, June 21, 2011

2 buah buku untuk Cik Amani


Tadi jejalan ngan En Suami tym lunch, tiba2 teringat nak beli buku untuk Cik Amani.. Kesian bila tengok dia berebut majalah Mingguan Wanita ngan En Suami weekend lepas.. Biarpun belum Payday, untuk anak aku hentam ja la.. Beli 2 buah buku.. 1 ABC n 1 lagi Number.. Sekarang Cik Amani dah pandai nak ajuk cakap orang besar.. So, dah boleh start ajar dia sebut ABC n 123..


p/s: Lupa nak belikan dia crayon.. Cik Amani dah pandai nak conteng2 kertas.. Siap ngn meniarap lagi.. CUTE! Tak sangka anak dara aku dah besar....

Bila Tekak dah Pedih, Bila Hidung dah Berair, Bila Kepala dah Berat....

Buat aku teringin sangat nak balik rumah dan tido sepanjang hari.. AMAT TAK SELESA!!

p/s: tajuk panjang gile...

Monday, June 20, 2011

GCB datang lagi... :)

Rasa sekali terus gian nak makan lagi..! Nasib bek En Suami sudi nak belanja makan GCB..

Jom Main Angry Bird


Sapa tak tau Game Angry Bird angkat tangan.. Jgn mo kelentong tak tau ah, budak tadika pun tau game ni tak kn korg pla tak tau.. Kalau sebelum ni angry bird cuma boleh main kat ipad/ipone, sekarang tiada lagi.. Siapa pun boleh men... Senang ka, install ja kat google chrome pnya application..

b4 ni x muas men coz screen kecik amat..

Friday, June 17, 2011

50 Rahsia Si Manja Cergas

Tadi aku belek2 majalah Pa&Ma terjumpa 1 artikel ditulis NORHASLIZA YUSOFF... Panduan ni memang patut kita tau untuk memastikan sama ada c kecik kita cergas atau tak... So aku nak kongsi kat cni.. ( aku gtau 10 dulu sebagai pendahuluan ya.. )

1.KENAL WAJAH ANDA
Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

2.BERBUAL DENGANNYA
Dia menunjukkan reaksi apabila anda berbual dengannya. Dia akan melihat anda seakan memahami apa yang anda cakapkan.

3.MEMBERI SENYUMAN
Anda senyum kepadanya dan dia akan tersenyum kepada anda. Sudah mulai menunjukkan perkembangan emosinya.

4.BERTINDAK BALAS KEPADA PERMAINAN KESUKAANNYA
Asyik bermain dengan permainan kesukaannya. Cuba andaambil barang itu, dia pasti akan menjerit.

5.TAHU APABILA NAMANYA DIPANGGIL
Anda memanggil namanya dan dia memandang ke arah anda. Panggillah dengan nama yang biasa anda ucapkan setiap hari.

6.MENCAPAI OBJEK
Kemahiran motor kasarnya semakin baik. Dia boleh mencapai dengan tangan objek permainan dengan mudah.

7.BERMINAT OBJEK YANG TERANG
Warna terang seperti merah, kuning, hijau dan oren adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan yang berwarna seupama ini, dia akan pantas mencapainya.

8.SUKA MERENYUKKAN OBJEK LEMBUT
Ia adalah perkembangan positif buat si manja apabila suka memegang dan meramas objek atau permainan kain yang mengeluarkan bunyi seakan plastik.

9.KETAWA BERSAMA
Si manja suka anda mengeletek badannya, bahkan menciumnya. Dia akan ketawa apabila anda berbuat demikian.

10.BOLEH MEMBUKA DAN MENUTUP GENGGAMAN TANGAN
Cubalah permainan seperti 'cak cekur' sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam dan dibuka. Dia akan melakukan bila2 masa dia berasa selesa, bahkan semasa minum susu.


be continue..

Thursday, June 16, 2011

Jelajah Negeri Orang ( Genting )

Kesenambungan Jelajah Negeri Orang (P.Pinang)

Dari Pulau Pinang kami terus nek Genting dengan bas.. Aku ckit fobia ngan bas ni.. Ni semua pasal excident2 punya pasal la.. Nasib bek la En Driver tu bawa bas ngan berhemah.. TQ En Driver.. Selama 4 jam dalam perjalanan p Genting, aku tido ja.. Bangun pun kejap2 ja, tu pun sebab pinggang aku sengal sebab duduk lama sangat.. Cik Amani pun sedap ja tido kat pangkuan Tok Ma dia..

Kali ni aku buat persediaan yang kaw2 punya untuk Cik Amani.. X mo jadi macam tu hari lagi.. Sampai p Genting terus demam..

Kami stay kat Genting 1 malam.. Kali ni tak ramai sangat org yang nek p Genting.. Tak macam yang kami p bulan 1 tu hari.. Maybe sebab bukan cuti sekolah kot..

Yang sebenarnya p Genting ni bukan nak men game sangat pun.. Ni pun atas memuaskan ati c Boboy yang nak sangat p Genting.. Sampai kat sana cuma men 2@3 game ja.. Membazir betul beli tiket mahal2..

Jom layan gambar..

Mcm x excited?

X sah klu x bgambar di sni..

Sumpah! Aku x mo nek binatang ni lagi...

happy family!!

Sebelum...

Selepas 5 saat..

Da....

Monday, June 13, 2011

Bila En Suami Mula Beraksi..

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya En Suami masak.. B4 ni ada juga masak bila aku tak larat nak masak@sakit.. Tapi yang senang2 ja.. Macam telur dadar@meggi.. Tapi kali ni En Suami dengan murah hatinya nak masak.. So untuk percubaan yang pertama, En Suami try masak Mee Goreng.. Tadaaaa.. Ni hasilnya...



Rasanya not bad.. Semua cukup.. Ayam pun banyak.. So En Suami, teruskan usaha n len kali boleh masak lagi..!!(Tapi resepi len pla la..) Anyway, TQ masakkan ummi malam ni.. Sayang Abah!

Saturday, June 11, 2011

Cik Amani Dah Pandai Berjalan


Pada usia 1 tahun 2 bulan, akhirnya Cik Amani dah pandai berjalan.. Teruja aku bila tengok anak dara aku dah pandai bejalan tanpa dipegang.. Proses dia nak pandai bejalan ni agak cerewet ckit.. Dia malas nak belajar berjalan.. Baru 2 langkah dah duduk balik.. Kalau dipaksa dia mengamuk..

Dia start pandai berjalan tym kitorg sampai bilik hotel kat Pulau Pinang.. Heran, kat Sabah punya payah nak suruh dia berjalan..

Apa2pun, syukur kat Allah sebab aku masih boleh tengok proses pembelajaran anak dara aku ni..

Babai...

Jelajah Negeri Orang ( Pulau Pinang )



Entry dah basi sebenarnya.. Dah 1 bulan baru nak update kat blog.. Amat pemalas tak aku ni? Ada rasa macam nak bagi penampar?

Kalau bulan 1 lepas aku p cuti2 Malaysia ngan En Suami n Cik Amani,kali ni pla aku p 1 family... Yang bestnya percutian kali ni semuanya ditanggung oleh Ayah.. Kitaorg tinggal sedia duit poket ja.. Hampeh kan dapat anak mcm aku ni.. Sepatutnya aku yang seponsor semua.. Ni dah kawin masih lagi nak pau orang tua.. WAT EVER!!!

Petang 3/5, kami fly dari Sabah terus p Pulau Pinang.. 1st tym ni jejak kaki kat sana.. Sampai terus cari hotel.. Dah dapat bilik, letak barang terus p cari makan.. Aku dah kebulur nasi.. Mana taknya dari siang tak makan.. Pas makan balik bilik, mandi n terus tido tak ingat dunia...

Esoknya bangun pagi terus bersiap nak p jalan2.. Ayah sewa 1 mini bas bawa kami jalan2 pusing Pulau Pinang.. Kalau p Pulau Pinang memang kena p Bukit Bendera nek cabel car.. Tak sabar ni nak rasa nek cabel car.. Kalinya samapi kat sana Cabel Car tak dapat nek atas.. Operasi diberhentikan buat sementara waktu.. ( Ada anjing liar tersangkut kat landasan cabel car) Kecewa yang teramat... Jauh2 datang dari Sabah ni nak nek cabel car.. Nangis tak berlagu wa cakap dgn lu beb..

Muka2 yang kecewa...


Kat kilang batik

Ngan ati yang kecewa tak dapat nek cabel car, kami teruskan jelajah ke kilang batik, kilang madu, taman bunga(aku pun dah lupa pa namanya).. En Suami paling teruja bila kami p Toy's Museum.. Rasa semua nak ambil gambar.. En Suami memang kumpul benda2 mcm ni.. Jadi tanda tanya kat kepala otak aku ni berapa la kos mo buat meseum macam ni.. Mesti sampai juta-juta kan..

En Suami excited

B4 balik hotel, pacik bawa bas mini 2 bawa p beli jeruk buah.. Biasa la, kalau p Pulau Pinang mesti beli jeruk buah.. Ibu n En Suami la yang memborong habis.. Berat jeruk ja dah dekat 10kg..

Cik Amani buat muka boring

Sampai bilik semua dah kepenatan.. Cik Amani happy sebab dah boleh bebas bergerak.. Sepanjang jelajahan kmi 1 hari tu, Cik Amani tak boleh duduk diam... Malam pla duduk rehat ja kat bilik.. Esok kena bangun awal.. Nak sambung jelajahan.. P Genting pla..

Nanti aku continue JELAJAH NEGERI ORANG (GENTING)

Wednesday, June 8, 2011

Mengapa harus Aku??

Stress sampai rasa mo maki hamun org.. Tapi tahan ja la..

Apasal asal mo Audit 5S aku la org yang paling bz.. Ada kah aku insan terpilih...? Semua pun keja pas kat aku.. Kat ofis ni aku ja ka yang tinggal..? Aku dah boring buat 5S.. Nda pandai abis2 ngan 5S.. Bukan aku mo berkira tapi kalau semua keja aku yang kena suruh buat, membuatkan aku rsa nda mo p keja..!

TOLONG LAH..!


Saturday, June 4, 2011

Cik Amani tak nak minum SuSu

Sekarang ni umur cik Amani dah masuk 1 tahun 3 bulan.. Proses pembesaran cik Amani semakin mencabar... Dan aku sebagai ummi cik Amani pun ikut tercabar sekali.. huhuhu..

Sekarang ni cik Amani buat mogok tak nak minum susu.. Sebenarnya benda ni jadi dah dekat 2 minggu.. B4 ni dia minum susu Enfapro.. Pastu aku pakat ngn en Suami tukar susu dia p Enfagrow coz murah banyak dari Enfapro.. Bayangkan la dari RM55 pi RM36 lebih la gitu.. So, dapat jimat la ckit..

Tapi sayang seribu kali sayang, aku ingat kan dia suka la minum susu baru ni.. Try la bagi dia minum susu baru ni, sekali hisap dia kuarkan balik susu tu.. Pelik juga.. B4 ni tak pernah dia buat perangai tolak-tolak ni.. Paksa punya paksa dia tetap nda mo menyusu.. Memang sah la dia memang dah lancarkan mogok nda mo minum susu lagi.. Korang tau tinggi mana tahap mogok dia? Tahap yang tinggi sekali, sampai tengok botol susu pun dia dah nangis2 sampai lari jauh dari aku..

Dah macam2 susu aku try bagi dia munum, tapi hasilnya sama ja.. GAGAL!

Aku ada bagi minum susu Ducth Lady perisa coklat, dia munum tapi ada kesan kat dia, tahi dia keras.. Fuh! Tym tu tuhan ja yang tahu perasaan aku tengok dia nangis minta tolong mo berak.. Boleh ikut nangis tau.. Aku terpaksa kasi berenti dan tukar susu lain lagi..

Sekarang nia sementara cari susu yang dia suka, aku bagi dia minum milo campur gula secubit.. Itu ja yang dia mo.. Nasib bek la cik Amani ni kuat makan.. Sayur kegemaran dia Carrot..

Mencabar kan..? Ada 1 tahap aku nda dapat tido sebab terlampau bimbang anak nda mo menyusu n cari2 jalan penyelesaian.. Minta nasihat doktor pun sama juga.. Sampai sekarang ni aku BUNTU...

p/s : ada sesiapa yang dapat bantu aku.. plzz...