Friday, June 17, 2011

50 Rahsia Si Manja Cergas

Tadi aku belek2 majalah Pa&Ma terjumpa 1 artikel ditulis NORHASLIZA YUSOFF... Panduan ni memang patut kita tau untuk memastikan sama ada c kecik kita cergas atau tak... So aku nak kongsi kat cni.. ( aku gtau 10 dulu sebagai pendahuluan ya.. )

1.KENAL WAJAH ANDA
Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

2.BERBUAL DENGANNYA
Dia menunjukkan reaksi apabila anda berbual dengannya. Dia akan melihat anda seakan memahami apa yang anda cakapkan.

3.MEMBERI SENYUMAN
Anda senyum kepadanya dan dia akan tersenyum kepada anda. Sudah mulai menunjukkan perkembangan emosinya.

4.BERTINDAK BALAS KEPADA PERMAINAN KESUKAANNYA
Asyik bermain dengan permainan kesukaannya. Cuba andaambil barang itu, dia pasti akan menjerit.

5.TAHU APABILA NAMANYA DIPANGGIL
Anda memanggil namanya dan dia memandang ke arah anda. Panggillah dengan nama yang biasa anda ucapkan setiap hari.

6.MENCAPAI OBJEK
Kemahiran motor kasarnya semakin baik. Dia boleh mencapai dengan tangan objek permainan dengan mudah.

7.BERMINAT OBJEK YANG TERANG
Warna terang seperti merah, kuning, hijau dan oren adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan yang berwarna seupama ini, dia akan pantas mencapainya.

8.SUKA MERENYUKKAN OBJEK LEMBUT
Ia adalah perkembangan positif buat si manja apabila suka memegang dan meramas objek atau permainan kain yang mengeluarkan bunyi seakan plastik.

9.KETAWA BERSAMA
Si manja suka anda mengeletek badannya, bahkan menciumnya. Dia akan ketawa apabila anda berbuat demikian.

10.BOLEH MEMBUKA DAN MENUTUP GENGGAMAN TANGAN
Cubalah permainan seperti 'cak cekur' sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam dan dibuka. Dia akan melakukan bila2 masa dia berasa selesa, bahkan semasa minum susu.


be continue..

No comments:

Post a Comment

ilifadilah@gmail.com