Monday, May 5, 2014

Saya Hamil, Apa Yang Perlu Saya tahu??

Assalammualaikum..

Tahniah!!! Anda telah disahkan hamil.. Apa yang perlu anda tahu yang seterusnya???

1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit. Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.

3. Pengambilan Asid Folik
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.

5.  Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.

6.  Hadkan Pengambilan Kafein
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.

7. Atasi Morning Sickness
Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.

8. Rehat Secukupnya
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.

Ibu yang hamil perlu mengambil vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk si ibu tetapi juga untuk tumbesaran yang sihat anak di dalam kandungan. Shaklee menyediakan vitamin-vitamin yang selamat untuk ibu hamil iaitu SET KEHAMIILAN.



1. ESP (850g) : membantu perkembangan sel tubuh bayi dan memberi tenaga kepada ibu hamil. Dibancuh bersama minuman kegemaran tidak berkafein. Max 3 sudu sehari. 1 canister untuk stok 1-2 bulan, ikut kekerapan pengambilan.
2. B-Complex (120 biji) : kaya dengan asid folic, menghasilkan sel darah & melancarkan peredaran darah. Ambik sebiji sehari. Sebotol untuk stok 4 bulan.
3. Vita-C (180 biji) : meningkatkan sistem imun badan. Ambik 1 biji sehari. Sebotol untuk stok 6 bulan.
4. Ostematrix (120 biji) : untuk tulang & gigi yang sihat, mengatasi sembelit. Ambik 2-4 biji sehari. Sebotol untuk stok 1-2 bulan.
5. Vitalea (120 biji) : multivitamin yang kaya dengan iron, mengatasi masalah Hb (hemoglobin) rendah semasa hamil. Ambik 1-2 biji sehari. Sebotol untuk stok 2-4 bulan.
6. Omega Guard (90 kapsul) : utk perkembangan otak janin. Diambik semasa trimester kedua dan ketiga (minggu ke-13 hingga ke-36). Ambik 1 kapsul sehari. Sebotol untuk stok 3 bulan.

Selepas melahirkan, anda hanya perlu tambah Alfalfa dan Zinc untuk melengkapkan SET BERPANTANG & BREASTFEEDING…


 ***************************************************************************
Hubungi Saya:





SMS / Whatsapp / Wechat

Ilifadilah Karman


FB : Iliefadilah

FB Page : Kedai Vitamin Ilie


SHAKLEE : Sentiasa selamat, Sentiasa berkesan, Sentiasa mesra alam

No comments:

Post a Comment

ilifadilah@gmail.com